Final Antarabangsa PABM 2015 dijangka sengit

BANGI 6 Ogos 2015 - Ketiga-tiga finalis kategori Antarabangsa Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2015 menjangkakan laluan sukar menanti mereka untuk menjuarai pertandingan yang telah memasuki tahun kesembilan penganjurannya itu.

Mereka beranggapan demikian berdasarkan prestasi dan kemahiran berbahasa serta berpidato yang dipamerkan saingan masing-masing.

Kehebatan persaingan dalam final yang akan berlangsung Sabtu ini membuatkan mereka berasa puas hati walaupun hanya berjaya walaupun merangkul tempat ketiga dalam pertandingan akhir kategori yang dipertandingi.

Ikuti laporan video yang disediakan oleh wartawan Utusan Online, Nurulanuar Mansor dan juruvideo, Kamarul Kamaruddin. - UTUSAN ONLINE