eRezeki bantu tingkat pendapatan golongan bawah RM2,500

KUALA LUMPUR 17 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan platform digital, eRezeki bagi membantu meningkatkan golongan berpendapatan bawah RM2,500 yang dikenali sebagai golongan B40.

Platform digital yang dibangunkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) itu menyasarkan kumpulan pekerja kilang, mereka yang tidak bekerja, pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Dalam ucapan perasmian, Najib berkata, Malaysia kini mencapai tahap ekonomi digital yang membanggakan.

Pelancaran eRezeki yang di buka kepada golongan berpendapatan di bawah RM4,000 dilihat dapat membantu meningkatkan pendapatan kumpulan B40.

"Kita mahu kekayaan negara melimpah kepada semua. Saya tak percaya tekanan pasaran boleh membantu golongan B40.

"Hanya kerajaan prihatin akan mempu mengubah nasib kumpulan ini. Kita mahu meningkat pendapatan kumpulan ini daripada RM2,500 kepada RM5,000 pada 2020," kata Najib.

Najib berkata, ketika ini ekses Internet berkelajuan tinggi telah mencapai 84 perarus iaitu melepasi sasaran 50 peratus menjelang 2020.

Ekonomi digital tahun lalu menyumbang 16.3 peratus kepada KDNK dan dijangka meningka18.2 peratus pada 2020.

Melalui eRezeki, peserta yang berminat perlu mendaftar dengan 22 pusat eRezeki yang diwujudkan di setiap negeri di seluruh negara.

Peserta akan diberi latihan sewajarnya di pusat eRezeki sebelum melakukan tugasan. 

Antara kerja termasuk melukis grafik, memasukkan data, memasukkan gambar, menulis cerita, membuat ilustrasi dan lain-lain yang diminta oleh syarikat pelanggan.

Pekerjaan yang dilakukan sesuai dengan tahap kemahiran mereka. Kadar bayaran berdasarkan tugasan yang dilaksanakan.

Ketika ini terdapat empat pusat eRezeki telah ditubuhkan iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu dan Kedah. - UTUSAN ONLINE