Dr. Vida minta bantuan Hazami untuk single kedua

IPOH 22 Jan. - Selepas menghasilkan single I Am Me, kini Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida bercadang untuk tampil dengan single kedua.

Jelas Dr. Vida, dia perlu membuat persiapan rapi untuk single baharu demi menampakkan kelainan daripada I Am Me yang mendapat lebih 10 juta tontonan di YouTube.

“Tunggu...Saya akan muncul dengan satu single baharu tapi sebelum itu saya kena tengok waktu yang sesuai, takut ‘berlaga’ dengan artis lain pula. 
 Bila sudah ada tarikh yang sesuai, saya akan beritahu kelak. 

Mungkin dalam tempoh sebulan lebih lagi.“Sudah ada lagu ciptaan beberapa orang komposer. Mereka buat lagu itu ikut kesesuaian vokal saya kerana saya bukanlah penyanyi seperti orang lain.
 Saya ada berbincang dengan Hazami untuk mengikuti kelas vokal di bawah bimbingannya, tapi saya pula yang belum ada waktu untuk pergi,” katanya.