Diskaun 50% perjalanan Komuter bantu warga kota berjimat

KUALA LUMPUR - Pada pembentangan Bajet 2013 November lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu hadiah istimewa buat warga kota yang akan membantu mereka melakukan penjimatan hampir RM1,800 dalam kos perjalanan dalam bandar.

Hadiah tersebut adalah dalam bentuk diskaun tambang perjalanan Komuter sebanyak 50 peratus bagi perjalanan ke destinasi dalam bandar perkhidmatan awam tersebut.

Pun begitu, masih ramai yang tidak sedar mengenai hadiah istimewa ini dan tidak mengetahui bahawa diskaun tersebut bukan sahaja membawakan penjimatan fizikal tetapi juga nilai tambahan dalam bentuk peningkatan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Komuter.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hadiah istimewa ini, wartawan Utusan Online, Nurulanuar Mansor bersama juruvideo, Asmaruddin Jamaluddin telah mengadakan satu temuramah eksklusif bersama Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd. Hider Yusoff di pejabat beliau di Bangunan KL Sentral baru-baru ini.

Ikuti video temuramah yang diadakan. - UTUSAN ONLINE