Didenda berdiri, dirotan bantu peribadi diri

Didenda dengan berdiri di bawah cahaya matahari serta dirotan guru pastinya memori yang sukar dilupakan bagi seorang pelajar.

Bagi ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM ), Datuk Hamdan Wahib, nama Cikgu Mahdar pasti terlintas di fikirannya setiap kali menjelang Hari Guru iaitu pada 16 Mei.