Destar ride gaya Kelab Permotoran Wings Malaysia

Suatu ketika, Datuk Awie mengakui beliau amat 'poyo' sewaktu menunggang motosikal berkuasa tingginya. Selama lebih 30 tahun vokalis kumpulan Wings itu 'bermain' dengan motosikal, hari ini hatinya terbuka untuk mengajak generasi muda, mengikis sikap poyo apabila berada di atas jentera beroda dua.

Baru-baru ini, Awie selaku Presiden Kelab Permotoran Wings Malaysia melancarkan penubuhan kelab tersebut setelah beroperasi kurang lebih setahun.

Mempunyai visi untuk membuka sebuah rumah kelab permotoran, Awie menjelaskan apakah objektif penubuhan Kelab Permotoran Wings  Malaysia. Ikuti sedutan sidang akhbar sempena perasmian penubuhan kelab tersebut yang di adakan di Banting, Selangor. - UTUSAN ONLINE