Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dapatkan tip ilmu hartanah di Simposium Hartanah Utusan 2017

KUALA LUMPUR 8 Jun - Utusan Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan Simposium Hartanah Utusan 2017 (SHU 2017) pada 23 dan 24 September ini di Dewan Besar, Ibu Pejabat Kumpulan Utusan. Penolong Pengurus Jenama Kumpulan Utusan, Hazura Ahmad Halil berkata, program yang bertujuan membongkar rahsia dunia hartanah adalah langkah proaktif akhbar ini bersama MMC Sdn. Bhd. dan beberapa rakan strategik mendedahkan peserta dengan ilmu hartanah.

Menurutnya, penganjuran pro­­­gram tersebut juga berpe­ranan memberi pendedahan dan me­ningkatkan kefahaman mengenai pembelian serta pengurus­an bijak perihal hartanah.

“Harga rumah yang semakin melambung dan caj cukai bara­ng­an dan perkhidmatan (GST) sedikit sebanyak memberi impak terutama kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

“Oleh itu, penganjuran simposium ini diharap dapat menjadi platform berguna yang memberi maklumat tepat dan padat tentang cara memiliki kediaman idaman di samping menimba ilmu pengurusan hartanah yang be­tul,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

SHU 2017 bakal membawakan pelbagai topik menarik dan kupasan terperinci yang akan mengetengahkan penceramah hartanah tersohor termasuk pe­juang hartanah, Ahyat Khalis­sabri Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Datuk Nor’ashikin Taib, Vince Chia dan ramai lagi.

Peserta juga turut berpeluang mengajukan sebarang kemusykilan dalam sesi soal jawab selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang simposium selama dua hari tersebut.

Selain itu, 500 peserta ter­­­­awal juga bakal menerima produk eksklusif SHU 2017 di samping mengabadikan kenangan mendapatkan gambar berkualiti yang dirakamkan oleh jurugambar profesional di mini studio yang disediakan pada harga se­rendah RM10.

Bukan itu sahaja, satu sesi coaching secara eksklusif akan diadakan untuk peserta bersama penceramah terpilih iaitu Ahyat Khalissabri Ishak, Datuk Nazri Mustafa dan Abdul Aziz Ahmad dengan bayaran pendaftaran hanya RM50 dan terhad untuk 100 peserta terawal.

Peserta yang menyertai sesi berkenaan juga akan menerima langganan akhbar digital selama dua tahun dengan iklan bagi sesi tersebut akan disiarkan dalam masa terdekat atau peserta boleh menyertainya dengan hanya me­nekan butang Like di laman Facebook Pengurusan Jenama Utusan/Kosmo! dan mengisi maklumat diri di pautan disediakan.

Serentak dengan itu juga, para panel penceramah akan menulis bidang kepakaran masing-masing dalam ruangan khas SHU 2017 di Utusanbiz setiap Jumaat bermula hari ini.

Video Pilihan
Artikel Lain