Creacion by Siti Nurhaliza pakaian ready to wear

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kecintaan terhadap bidang nyanyian dan solekan selari dengan fesyen dan pakaian. 

Salah satu impian beliau ialah ingin menghasilkan pakaian yang sedia dipakai atau ready to wear kepada orang ramai tanpa mengira sama ada si pemakai itu berhijab atau tidak.

Demikian kata-kata yang diucapkan oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza pada sesi sidang akhbar usai majlis pelancaran dan sekali gus pertunjukan fesyen Ariani X Creacion by Siti Nurhaliza petang semalam.

Siti Nurhaliza berkata, hatinya puas kerana impiannya untuk menghasilkan pakaian kasual dan ke pejabat tercapai.

Beliau berkata, rekaan, pemilihan fabrik atau material, motif dan warna adalah mengikut pilihannya sendiri.

"Walaupun ada tim dengan pereka fesyen terdiri daripada kalangan mereka yang muda dan graduan namun Siti tetap terlibat dalam setiap PENGHASILAN pakaian ready to wear Creacion ini," ujarnya. 

Beliau yang mengakui mudah bekerjasama dengan Datin Farah Ariani yang turut memperkenalkan fesyen tudung sedia dipakai dan selendang, pakaian daripada Creacion by Siti Nurhaliza dijual pada harga mampu dibeli oleh pengguna.

Hari ini, butik milik Siti Nurhaliza dibuka di Jakel Mall kerana pakaian ready to wear Creacion by Siti Nurhaliza hanya boleh dibeli di butik tersebut atau dijual melalui stokis-stokis terpilih. - UTUSAN ONLINE