Cawangan Tesco ke-51 berkonsepkan 'Food First'

PUTRAJAYA 20 Nov. - Tesco Malaysia hari ini membuka pasar raya besarnya yang ke-51 di negara ini di IOI City Mall dekat sini, dengan pelaburan sebanyak RM16 juta.

Pasar raya yang disasar bagi penduduk Putrajaya dan sekitarnya itu berkonsepkan "Food First" iaitu yang memberikan tumpuan kepada barangan makanan yang merangkumi 80 peratus manakala 20 peratus lagi barangan bukan makanan.

Konsep tersebut dijangka dapat menarik para pengunjung untuk menikmati pelbagai produk makanan sekali gus menjadikan Tesco IOI City Mall sebagai "pusat sehenti makanan" di sini.

Tesci IOI City Mall dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek.