Bas lama nadi Taman al-Quran

REMBAU 19 Jan. - Walaupun sudah memiliki kerja tetap, seorang anak muda dari sini sanggup mengorbankan keselesaan dan meninggalkan kerjaya tersebut semata-mata untuk melakukan aktitivi kebajikan.

Bagi Muhammad Allif Ibrahim, 25, yang sebelum ini merupakan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), kerja kebajikan dan sukarela mampu memberikan kepuasan buatnya.

Bagi tujuan itu, beliau dan beberapa rakannya mengambil inisiatif mewujudkan kelas al-Quran secara percuma untuk golongan tidak berkemampuan seperti asnaf dan miskin di Taman al-Quran di sini.