Bakti jurulatih Skuba Yayasan Peneraju-Seamonkey

Pengurus Operasi Seamonkey Dive Centre Sdn. Bhd. , ADRIN ABD. RAZAK Info: Seramai 40 anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah memperoleh pengalaman baharu selepas mencuba buat kali pertama selam skuba di dalam kolam yang dikendalikan oleh tenaga pengajar selam skuba Seamonkey.

Menariknya, tenaga pengajar berkenaan merupakan graduan kepada program Yayasan Peneraju 'Peneraju Skil Iltizam PADI Divemaster' dan 'Peneraju Skil PADI Open Water Scuba Instructor' yang  selesai penghujung tahun lepas. 

Selain anak-anak yatim berkenaan, pada program itu juga Pusat Selam Skuba Seamonkey turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba pengalaman menyelam skuba dengan bayaran berpatutan di mana hasil yang diperoleh itu disalurkan kembali kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah.

Pusat Selam Skuba Seamonkey merupakan pusat selam skuba fasiliti penuh di Petaling Jaya yang menawarkan kursus selam skuba asas sehingga ke peringkat profesional.