'Azab' ketika awal persekolahan

GUA MUSANG 7 Jan. - Melalui jalan balak sejauh 100 kilometer, berlumpur dan terpaksa merentasi beberapa batang sungai namun semua itu sama sekali tidak mematahkan semangat guru-guru yang mengajar di sekolah di pedalaman jajahan ini.

Sepanjang perjalan yang ekstrem disebabkan musim hujan pada ketika ini, mereka terpaksa berhenti rehat beberapa kali kerana motosikal yang ditunggang rosak serta tersangkut dalam lumpur.

Malah jika keadaan diluar jangkaan mereka terpaksa bermalam di dalam hutan.