Arja Lee artis berilmu

KUALA LUMPUR - Dalam diam tak diam, tiga tahun pelakon Arja Lee tidak menerima tawaran berlakon. Bagi Arja, beliau sendiri bingung memikirkan di manakah silapnya sehinggakan beliau tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana produksi.

Bagaimanapun, Arja yakin rezeki baginya ada di tangan Allah. Justeru beliau percaya, dengan kelayakan akademik yang ada pada dirinya, beliau masih boleh melangkah untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan bulanan.

Arja secara berterus terang berkata, menjadi artis biarlah ada kelulusan (paper qualification). Biarpun ini adalah pandangan Arja yang juga mempunyai tiga single sebelum ini, beliau yakin kelompok artis yang berilmu dan berisi di dadanya, tidak akan mati langkah.

Ikuti kata-kata Arja sewaktu beliau tampil sebagai artis jemputan segmen Jom Chat di Utusan Online bersama dua penyanyi baharu, Eza Edmond dan Mimah Zulkifli baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE