Api Dan Cinta Rosli Selasih tidak bercahaya tanpa Balqis dan Ayied

KUALA LUMPUR - Industri muzik Malaysia tetap dahagakan penciptaan melodi yang indah dan pasangan duet untuk terus menyemarakkan industri hiburan tanah air ke ambang tahun baharu 2018. Hari ini, komposer yang mempunyai nama sekukuh mereka yang duduk dalam kategori komposer hebat tanah air, Rosli Selasih, tampil dengan sebuah komposisi yang dialunkan secara berduet. Rosli Selasih mempunyai banyak percaturan kerana sebagai insan seni yang sudah lama berada dalam dunia penciptaan lagu dan lirik, beliau dilihat mampu untuk membimbing dua nama hijau, Iman Balqis dan Ayied Shaharin untuk menjadi pasangan duet yang mantap gandingannya.

Walaupun Iman Balqis baharu berusia 13 tahun digandingkan dengan Ayied,  25, bagi Rosli Selasih, chemistry suara atau vokal kedua-dua artis ini amat secocok untuk melantunkan Api Dan Cinta.

Ikuti sedutan segmen bual santai interaktif Jom Chat  yang  disiarkan secara langsung pada setiap hari  Rabu pukul 9 malam di portal berita Utusan Online. - UTUSAN ONLINE