Andi Bernadee dipintas

KUALA LUMPUR - Memulakan langkah dengan smule, Andi Bernadee dikenali selepas video parodi lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil dari Bukit Tinggi, Inonesia tular di media sosial YouTube.

Walaupun Andi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah telah melahirkan satu single berjudul Tiada Lagi Maaf namun beliau mengakui dipintas rakan artis lain yang seangkatan dengannya.

Bagaimanapun Andi enggan menyerah kalah sebaliknya beliau terus berusaha dengan menampilkan lebih banyak video parodi dan cover version di platform media sosial.

"Memang saya akui rasa terkilan apabila dipintas laju oleh rakan seangkatan tetapi saya berfikiran positif.

"Sememangnya dalam industri hiburan ada banyak pesaing dan saingan secara sihat itu adalah baik bagi membaiki prestasi dan kedudukan kita sebagai pendatang baharu dalam bidang seni suara arus perdana," kata Andi ketika tampil sebagai artis undangan segmen #jomchat2018 yang disiarkan secara live setiap hari Rabu, 9 malam di Utusan Online dan dapat juga ditonton secara live di Facebook Utusan Online.

Untuk mengetahui luahan hati Andi Bernadee, tonton video ini yang disunting selepas siaran langsung segmen bual bicara secara santai #nomchat2018. - UTUSAN ONLINE