Anak kedua panda gergasi selamat dilahirkan

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Genap tiga bulan Nuan Nuan, anak panda gergasi dihantar pulang ke China, seekor lagi anak panda gergasi telah selamat dilahirkan oleh Liang Liang.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, anak kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang telah dilahirkan secara semula jadi dalam kurungan. - UTUSAN ONLINE