Amber Chia pentingkan kesihatan tapak kaki

Nama Amber Chia sememangnya sudah tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Sebagai seorang peragawati, Amber diperlukan untuk memakai kasut tumit tinggi ketika beraksi di atas pentas.

Tidak hairanlah jika ibu muda ini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan tapak kaki. Mengenali bentuk dan jenis tapak kakinya iaitu high arch, Amber memberitahu, beliau berhubung rapat dengan MyOrtho yang sememangnya pakar kesihatan tapak kaki selain daripada mampu menghasilkan kasut (custom made) untuk pemakai. Sempena dengan Kempen Feet For Life Natinal Foot Health, wartawan UTUSAN ONLINE sempat bertemu dengan peragawati ini. Beliau yang rancak berbicara, mengaitkan kesihatan tapak kaki dengan dunia modelling dan kesedaran yang harus ada dalam kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak seawal usia dua tahun, memakai kasut yang selesa. Kata Amber, bukan sekadar membeli kasut yang berjenama atau mahal harganya tetapi yang penting adalah menjaga kesihatan tapak kaki. - UTUSAN ONLINE