Almera, Sedan global terlaris Nissan

KUALA LUMPUR (30 Oktober 2012) – Selepas pengumuman mengenai Nissan ALMERA pada awal Ogos lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dengan secara rasminya melancarkan model tersebut, sebuah sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu itu kepada pasaran tempatan di One World Hotel, Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia itu.

Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’. Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.