Air Asia perkenal Santan

Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia mempromosikan menu terbaharu dalam penerbangan mereka iaitu juadah kombo Santan di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Seramai 350 kakitangan Kumpulan Utusan cukup bertuah apabila dapat merasai keenakan lima hidangan kombo Santan termasuk satu menu baharu yang bakal diperkenalkan bermula Ahad ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu Kari Udang Nyonya berserta nasi yang dibawa melalui trak makanan khas Air Asia.

Juadah kombo Santan yang diperkenalkan November lalu merangkumi 15 hidangan lazat dan popular Air Asia seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Ayam Uncle Chin dan Nasi Beriani Ayam Mentega Masala Ashok yang didatangkan  dengan  pilihan air mineral, kopi panas atau air berkarbonat.

Pelanggan setia Air Asia boleh membuat tempahan juadah kombo Santan secara dalam talian sehingga 24 jam sebelum penerbangan yang dijadualkan melalui www.airasia.com dengan harga RM10 sahaja.