Agenda belum selesai

DASAR Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan dari 1971 hingga 1991 telah membawa perubahan besar terhadap sosioekonomi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Walaupun dasar tersebut berjalan selama 20 tahun, tetapi ia cuma dilaksanakan secara total dari 1971 hingga 1975.

Sumbangan besar DEB kepada orang Melayu yang dapat dilihat sekarang adalah dalam ekonomi, pendidikan dan membasmi kemiskinan. Meskipun taraf hidup orang Melayu kini sudah jauh berubah berbanding sebelum DEB diperkenalkan, tetapi jurang ekonomi dengan kaum-kaum lain masih jauh. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/agenda-belum-selesai-1.464694#ixzz4dC88yD27 
© Utusan Melayu (M) Bhd