Eratkan ukhwah tidak kira dari mana asal kita

Program Haji dan Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi bertujuan menyahut seruan dalam al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam mengeratkan ukhuwah sesama mereka tanpa mengira dari mana seseorang itu berasal.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif program tersebut, AbdulKareem Ibrahim Al-Rayes berkata, bagi mencapai matlamat itulah progrm berkenaan disertai oleh peserta-peserta dari pelbagai negara yang mempunyai latar belakang berbeza.

Menurut beliau,program haji yang sudah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu manakala program umrah diperkenalkan pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian ketika  menghadiri majlis suai kenal atau taharuf bersama  40 peserta dari Malaysia, di Madinah semalam.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.