7 Januari 2009
 
 
 

 

 

Berita

  Berita

Penduduk Peshawar, pelarian suka buka puasa di rumah
PESHAWAR 18 Nov. - Penduduk tempatan termasuk para pelarian lebih cenderung untuk berbuka puasa di rumah pada bulan Ramadan ini dan aktiviti perniagaan di bandar raya juga tiba-tiba terhenti selepas azan maghrib berkumandang.

Bantuan ubat, makanan dirompak
PESHAWAR 16 Nov. - Operasi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan terputus sama sekali sejak seminggu lalu apabila pejabat dan gudang-gudang berisi makanan dan ubat-ubatan milik beberapa pertubuhan kebajikan antarabangsa termasuk dari Malaysia menjadi sasaran rompakan oleh kumpulan penduduk bersenjata.

  Rencana

Taliban pengkhianat kaum wanita
Daripada MARZUKI YUSOFF
PESHAWAR 17 Nov - Bagi kaum wanita Afghanistan, Fatana Said Gailani adalah satu nama yang begitu sinonim dengan mereka. Fatana dianggap pembela kaum wanita teraniaya setelah bertahun-tahun kaum wanita Afghanistan dinafikan hak asasi kemanusiaan mereka terutama setelah Taliban mengambil alih kekuasaan pada tahun 1996.

Dosa pemimpin terhadap anak-anak Afghan
Daripada MARZUKI YUSOFF
PESHAWAR 17 Nov - Anak-anak adalah anugerah Tuhan dan ibu bapalah yang biasanya menentukan nasib masa depan mereka. Tetapi di Afghanistan, sebahagian besar ibu bapa bukan saja gagal menyediakan yang terbaik buat anak-anak mereka tetapi tidak tahu aPakah ada hari esok buat mereka sekeluarga.

  Corat-coret

Kaum wanita kini berani buka burka
PESHAWAR 14 Nov. - Ramai golongan wanita pelarian Afghanistan di sini turut menjejaki langkah penduduk wanita di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh tentera Mujahidin daripada Perikatan Utara apabila mereka semakin berani untuk tidak lagi mengenakan burka.

Pelarian wanita mengemis untuk terus hidup
PESHAWAR 6 Nov. - Semakin banyak wanita pelarian Afghanistan yang baru tiba di bandar raya ini terpaksa berkeliaran di kaki-kaki lima kedai bagi meneruskan kehidupan dan kebanyakannya terpaksa mencari nafkah kerana suami mereka belum memperoleh pekerjaan.

 


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my