Untitled Document
 
  Kumpulan utusan        Hubungi Kami              Jom Iklan!              Arkib Berita

16/10/2009

Karisma Najib ubah sikap pemimpin UMNO

Karisma Najib ubah sikap pemimpin UMNO

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perubahan sikap pemimpin UMNO yang bersedia mengubah sistem yang membawa mereka ke persada kuasa berpunca daripada wawasan dan karisma Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan terharu dengan kesediaan itu kerana dari segi fitrah manusia, bukannya mudah untuk berbuat demikian.

Namun, katanya, mereka tetap berbuat demikian kerana sedar dan insaf bahawa yang penting bukan diri sendiri tetapi kelangsungan UMNO.

“Tidak mungkin semua ini dapat dicapai tanpa kesanggupan mengorbankan kepentingan diri demi matlamat lebih besar.

“Saya yakin perubahan sikap ini berlaku tidak lain atas dorongan, tiupan semangat, karisma, daya kepimpinan dan wawasan ditonjolkan Najib sebagai Presiden dan nakhoda kapal induk UMNO,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di sini hari ini.

- Utusan