Banyak
kerja kuat yang perlu dilakukan yang dirasakan boleh dilaksanakan
beliau sekiranya berada dalam barisan MT. Baginya, perjuangan untuk meningkat lagi tahap ekonomi orang
Melayu adalah satu usaha yang perlu diberi penekanan oleh MT,
sekiranya mahu melihat bangsa itu maju dan dihormati di negara
sendiri.
Justeru, Norraesah berharap
beliau akan dipilih semula untuk memegang jawatan MT. "Ini
adalah sumbangan saya untuk berbakti
kepada bangsa dan menguatkan kedudukan wanita sendiri dalam
parti. "Sudah sepatutnya, kita sepatutnya mempunyai ramai wakil
wanita dalam MT memandangkan ramai calon-calon wanita yang
berwibawa boleh diketengahkan,'' jelasnya.
Di samping itu, katanya, penglibatan wanita dalam membuat
dasar adalah penting untuk memastikan pandangan dan cita rasa
kaum itu dalam isu-isu tertentu dapat didengar dan diketengahkan. Menurut Norraesah, beliau positif untuk memegang jawatan itu
dan akan turun ke peringkat akar umbi untuk memberikan penerangan
mengenai kepentingan wanita dalam MT.
Norraesah mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang
dengan mempunyai Ph.D dalam Sains Ekonomi di Universiti of
Paris 1 Pantheon, Sorbonne. Pendidikan tinggi beliau bermula di Universiti Malaya dengan
mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of
Paris 1, Pantheon, Sorbonne bagi mendapatkan Ijazah Sarjana
dan bidang Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa. Kerjaya Norraesah pula bermula sebagai Timbalan Pengarah,
Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
pada tahun 1985.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penolong
Setiausaha, Bahagian Kewangan, Perbendaharaan (1986-1988),
Pengurus Komunikasi,
Esso Production Malaysia Inc. (1988-1990) dan sebagai Pengarah
Urusan, Ishak Hamid & Associates Sdn Bhd (1990).
Pada 1991 beliau dilantik sebagai Ketua Perwakilan, Credit
Lyonnais Representatives Office, Malaysia hingga tahun 2000
apabila dilantik sebagai Pengerusi, Bank Rakyat. Selepas itu
pada 8 Julai 2003 dilantik pula sebagai Pengerusi, Alcatel
Network Systems (M) Sdn. Bhd.
Bintang beliau dalam bidang politik mula menyinar
setelah dipilih sebagai ahli Exco Wanita UMNO pada Oktober
1996 setelah
mendapat 261 yang melayakkannya menjadi Pengerusi, Biro Ekonomi
pergerakan itu. Ñ FAUZIAH AROF
Kembali