<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Perhimpunan Agong UMNO 2004
<%@LANGUAGE="VBSCRIPT" CODEPAGE="1252"%> Datuk Abdul Ghani Othman
Datuk Abdul Ghani Othman
Nama: Datuk Abdul Ghani Othman
Umur: 58
Tarikh lahir: 14 November 1946
Tempat lahir: Sungai Mati, Muar
Jawatan: Menteri Besar Johor.
SEMANGAT untuk memastikan UMNO terus memberi makna kepada orang Melayu terutama generasi selepas merdeka merupakan harapan utama Datuk Abdul Ghani Othman untuk mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan September ini. Kepada Abdul Ghani, UMNO perlu sentiasa jelas tentang peranan, perjuangan dan tempatnya dalam hati orang Melayu ketika negara semakin berubah.

"Sumbangan dan peranan UMNO pada masa lalu amat jelas terutama dari segi pengisian dan penyertaan membela orang Melayu. "Ini amat jelas khususnya dalam memayungi bangsa termasuk ketika menentang Malayan Union, perjuangan mencapai kemerdekaan serta perjuangan mencari keseimbangan dan keadilan antara kaum,'' katanya. Maka atas dasar itu, beliau merasakan perlu untuk berada dalam MT supaya segala idea untuk memperkukuhkan parti dengan memperbaharui tekad perjuangan asal iaitu untuk agama, bangsa dan tanah air dapat disalurkan terus kepada pucuk pimpinan parti.

Baginya, semua hasrat itu harus menjadi fokus kepada pemimpin UMNO di setiap peringkat dan ahlinya di setiap peringkat akar umbi. "Maka, di bahu kita setiap pemimpin dan perwakilan UMNO terpikul amanah untuk menyempurnakan tanggungjawab mewujudkan barisan kepimpinan yang mampu menggaris dan melaksanakan hala tuju secara jelas perjuangan UMNO terhadap orang Melayu kini,'' tambah beliau.

Pada pemilihan pucuk pimpinan kali ini, Abdul Ghani yang mendapat 140 pencalonan untuk kerusi MT amat berharap agar para perwakilan memahami keperluan memilih pemimpin yang boleh mengukuhkan UMNO dalam usaha membangunkan bangsa Malaysia.

"Kalau perwakilan boleh mengambil kira faktor itu, mereka perlu memilih pemimpin yang mampu membawa UMNO menghadapi cabaran itu. "Jadi terserah kepada perwakilan untuk menentukan barisan pemimpin yang berupaya menerajui barisan terkuat kerana ia penting untuk meletakkan UMNO lebih kukuh dalam konteks perjuangan Melayu ketika ini,'' ujar beliau.

Mengenai langkahnya yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan selain MT pada pemilihan kali ini beliau berkata: "Saya berpendapat, saya masih boleh memberi sumbangan di peringkat MT dalam hal membabitkan peranan UMNO untuk parti, negara dan orang Melayu.'' Pada tahun 2000, beliau pernah bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti tetapi ketika itu dia kalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammmad Muhd. Taib.

Karier politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada Disember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga November 1993.

Beliau yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dari Universiti of Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti of Queensland selepas itu dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai Disember 1993 hingga Mac 1995. Pada Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat.

Di bawah pentadbirannya, UMNO Johor kini berada dalam keadaan yang cukup tenang dan beliau berharap peluang itu digunakan untuk memperkukuhkan parti dengan memperbaharui tekad perjuangan asal iaitu agama, bangsa dan tanah air. Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata. Ñ WAN HASNAN HASAN

Kembali


Zambry sah MB Perak


PUTRAJAYA 9 Feb. – Pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar, tiba ke penghujung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

  • Teruskan usaha pembangunan
  • Pindaan ISA dibentang di Parlimen Mac ini
  • PM minta pandangan rakyat untuk jana industri pelancongan

  • Muslim leader in Pattani praises Abdullah's fair leadership


    PATTANI (southern Thailand) Oct 31 - A Muslim leader here has praised the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, describing the Malaysian Prime Minister as being fair to all races in his country.

  • Freed detainees tell horror tales while in custody
  • UMNO Youth to monitor Thai situation before giving aid
  • Thaksin tried to develop southern provinces, says local politician
  • Public calling for harsher punishment for rapists
  • Community leaders, political parties urged to help eradicate drug abuse


  • © Utusan Melayu (M) Bhd. 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. E-mel: online@utusan.com.my