Kedah juara lagi
KUALA LUMPUR - Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.
Kedah kuasai anugerah bola sepak
KUALA LUMPUR - Kedah menguasai tujuh daripada 10 kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2007-2008 dengan penjaga golnya, Helmi Eliza Elias dipilih sebagai Penjaga Gol Popular dan Pemain Paling Bernilai sekali gus pada majlis penyampaiannya di Hotel Grand Millenium di sini, semalam. Tonggak Si Kenari yang turut memenanginya ialah Victor Andrag (Pemain Pertahanan Popular), Khyril Muhymeen Zambri (Pemain Tengah Popular), Fadly Baharom (Pemain Harapan Popular), Marlon Alex James (Pemain Import Popular) dan Azraai Khor Abdullah (Jurulatih Popular).
Kedah melangkah ke akhir
KUALA TERENGGANU - Penyandang juara, Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 2-0 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, malam tadi.
Kecuaian nyaris hukum Selangor
KUALA LUMPUR - Selangor ibarat 'kalah tempur tetapi menang perang' ke atas Johor FC di Pasir Gudang dalam separuh akhir kedua kelmarin untuk mara ke perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Sabtu ini menerusi agregat 2-1.
Johor gagal halang Selangor
PASIR GUDANG - Selangor melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Johor FC dengan agregat 2-1 walaupun tewas 0-1 pada perlawanan kedua di Stadium Jcorp, Pasir Gudang malam tadi. Johor FC yang yang tewas 0-2 di Shah Alam pada perlawanan pertama tiga hari lepas bermula garang sebaik saja wisel dibunyikan terus mengasak ke pintu gol Selangor.
Kedah, Selangor cerah ke akhir Kedah, Selangor ke separuh akhir Kedah, UPB-MyTeam menang selesa Marlon jaring hatrik julang Kedah Fuentes bawa Johor FC ke suku akhir Kedah hampiri suku akhir
|