EPISOD 65
Illyana mengambil keputusan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perundangan kerana dia tidak mahu Julyana mengorbankan kafenya demi menampung pengajiannya ke Australia. Keesokan harinya, Illyana telah bangun lambat dan sesampainya di kafe, dia melihat Julyana sedang menghidangkan kek kepada seorang pelanggan. Rupa-rupanya, pelanggan itu ialah ibunya. Illyana bertanya kepada ibunya kenapa dia datang ke KL. Tujuan ibunya adalah untuk mengajak Illyana tinggal di Australia bersamanya. Illyana boleh bekerja sambilan di restoran yang berdekatan dengan rumah ibunya sambil belajar.
Julyana memberitahu Illyana bahawa Fazlyanalah yang telah memberitahu ibu mereka tentang impian Illyana dan mengajaknya ke KL. Illyana berjumpa dengan Fazlyana untuk mengucapkan terima kasih.
Illyana berlepas ke Australia pada keesokan harinya. Ketika mereka ingin beredar dari kafe, tiba-tiba kereta Rizal berhenti mengejut di depan kereta yang dipandu oleh Fazlyana. Rizal ingin berjumpa dengan Illyana dan dia meminta maaf kepadanya. Rizal memberitahu Illyana yang dia akan menunggunya sehingga Illyana kembali ke Malaysia. Illyana berpesan kepada Fasha untuk menjaga Rizal. Rizal bertanya kepada Fasha bila Illyana akan balik ke Malaysia, Fasha memberitahu Rizal yang Illyana akan balik pada minggu depan kerana ibu Illyana mengajak Illyana bercuti ke Australia untuk melihat kampus dan tempat itu sama ada sesuai untuknya atau tidak. Illyana sangat gembira.. Keluarga Illyana sudah berbaik-baik semula dan Rizal sanggup tunggu Illyana selama-lamanya.