ARKIB : 25/07/2012
Syria pindah senjata kimia
BEIRUT 24 Julai - Syria telah memindahkan senjata kimianya ke beberapa lapangan terbang di sempadan negara itu, sehari selepas Damsyik memberi amaran akan menggunakan senjata tersebut jika ia diserang oleh tentera luar.
Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang berpangkalan di Lebanon berkata, mereka yang menyertai operasi FSA di Syria tahu di mana lokasi dan kedudukan senjata kimia itu.
"Kita juga tahu Presiden Bashar al-Assad memindahkan beberapa senjata ini (kimia) dan peralatan untuk mencampur komponen kimia ke lapangan-lapangan terbang di sempadan negara," kata FSA dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, pemindahan itu dibuat bagi memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa yang kebanyakannya menggesa Assad berundur.
"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, kerajaan Syria mula memindahkan bekalan senjata pemusnah besar-besaran sejak beberapa bulan lalu untuk memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa dan negara serantau," ujar FSA.
Namun, kumpulan itu berkata, adalah mustahil Syria akan menggunakan senjatanya untuk menentang Israel yang secara terbuka menyuarakan kebimbangan mengenai bekalan senjata kimia negara itu yang banyak.
Semalam, Syria buat pertama kalinya membuat kenyataan secara umum mengenai senjata kimianya dengan jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdissi memberi amaran ia mungkin digunakan jika tentera luar melancarkan serangan.
"Syria tidak akan menggunakan sebarang senjta kimia atau senjata tidak konvensional ke atas rakyat negara ini dan ia hanya akan digunakan jika berlaku campur tangan luar," kata Makdissi kepada wartawan.
Bagaimanapun, kenyataan itu mencetuskan kecaman antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat (AS) dengan Presiden Barack Obama mengingatkan Syria supaya tidak membuat 'kesilapan tragik' dengan menggunakan senjata kimia. - AFP
Penalti untuk wakil rakyat
Bunuh diri kerana bantah perkahwinan sejenis
Hanya 24 maut dalam kejadian puting beliung
Gita mahu ganti Susilo
Jong-un hantar wakil ke China
Angka korban terowong lombong runtuh meningkat 28 orang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa puting beliung diteruskan
Aquino janji pertahan wilayah maritim dari pembuli
Thein Sein gesa henti keganasan
Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh
Israel balas tembakan ke arah Syria
Palestin beri peluang pada AS
Isu pengundi hantu undang kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
51 terbunuh puting beliung landa Oklahoma City
Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris
Rusia gagalkan plot pengganas serang Moscow
Dua maut dalam letupan bom kereta di Rusia
Tentera Syria gempur Qusayr
Dr. Mahathir saran Mesir guna model Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









