ARKIB : 25/07/2012
Brahim's Food ke Jepun
KUALA LUMPUR 24 Julai - Kumpulan Brahim's Food, pengeluar makanan sedia dimakan yang berjaya, melebarkan sayapnya ke Jepun dengan penubuhan Brahim's Food Japan Co. Ltd.
Brahim's Food Japan Co. Ltd., akan menjadi cawangan Jepun bagi Brahim's Dewina Group of Companies untuk memudahkan pengedaran produk Brahim's di Jepun.
Pada majlis pelancaran syarikat itu di Tokyo baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Brahim's Dewina Group, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi berkata, sebagai permulaan 18 produk akan ditawarkan untuk pasaran Jepun.
Produk itu termasuk Sos Nyonya Malaysia Brahim's, Sos Tomato Pedas Brahim's, Kari Ayam dengan Kentang Brahim's.
"Makanan berasaskan sos dan produk sedia untuk dimakan kami tepat untuk kehidupan masa kini yang pantas dan memerlukan kepuasan segera. Persekitaran juga sesuai bagi kami memperluaskan jangkauan dan Jepun adalah pilihan tepat," kata Ibrahim kepada Bernama.
Brahim's Food Japan merancang untuk membawa masuk keseluruhan produk Brahim's ke Jepun selepas produk-produk mereka mendapat kelulusan kastam dan pemeriksaan kesihatan Jepun.
"Sambutan awal sangat positif daripada pemborong dan peruncit besar dan kecil," katanya.
Brahim's Food Japan telah ditubuhkan dengan kerjasama rakan kongsi tempatan, Steven Tan dari I.M. Jihan dan Hisazumi Masamichi dari MKS Marketing Sebastian.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Jepun, Kua Kiat Chye, Pengarah Tourism Malaysia Tokyo, Noor Azlan Abu Bakar dan Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan Malaysia di Tokyo, Mohammad Sanusi Abdul Karim.
Tetamu jemputan termasuk pegawai dari syarikat-syarikat Jepun, pegawai kanan dari Royal Host, Lawsons, Cosmo dan beberapa bank.
Kumpulan Brahim's Food menyediakan makanan dalam penerbangan Malaysia Airlines dan 35 syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA. - BERNAMA
bioekonomi: Malaysia komited
MIDA agih RM139 juta
Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi
FTA Malaysia-Australia tingkat dagangan dua hala
Harga saham ditutup kukuh
Niaga hadapan KLIBOR tak berubah
Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Tiada konflik pengambilalihan Yinson - Mokhzani
Harga getah ditutup rendah
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan menurun
Astro jangka perolehan lebih tinggi
AEON untung RM56.033 juta hingga 20 Mei
Suruhanjaya Sekuriti tuan rumah pamern persaraan swasta
Koperasi Telekom buka cawangan Ar-Rahnu di Bangsar
Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah
Harga timah ditutup rendah
Harga saham naik tengah hari
Niaga hadapan KLIBOR tidak berubah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










