ARKIB : 25/07/2012
Bubur lambuk Utusan, Bernas
KUALA LUMPUR 24 Julai - Sempena meraikan Ramadan, Kumpulan Utusan bersama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) mengadakan kerjasama mengagihkan 7,500 bungkus bubur lambur Masjid Jamek Kampung Baru kepada umat Islam di sekitar ibu kota hari ini.
Inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan kali keempat dianjurkan dengan kerjasama kedua-dua syarikat tersebut.
Pengarah Urusan Bernas, Datuk Bakry Hamzah berkata, pihaknya melakukan kelainan berbanding tahun sebelum ini dengan memberikan sumbangan kepada tiga rumah anak yatim.
Program tersebut merupakan salah satu kempen ‘Secupak Budi, Sepenuh Hati’ iaitu pihaknya mengagih-agihkan sumbangan hampir RM2.25 juta atau bersamaan 900,000 kilogram (kg) beras ke rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.
Mengulas penyediaan bubur lambuk, beliau menjelaskan, sebanyak 75 kg beras digunakan bagi menyediakan kesemua bubur lambuk yang dimasak dalam 15 periuk.
“Penyediaan kesemua bubur lambuk ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai dibungkus kira-kira pukul 12 tengah hari," katanya pada majlis pengagihan bubur lambuk tersebut di sini.
Pada majlis sama, Kumpulan Utusan dan Bernas masing-masing turut menyumbang wang sebanyak RM1,000 untuk kegunaan Masjid Jamek Kampung Baru pada bulan Ramadan.
Replika cek itu disampaikan kepada Pengerusi masjid, Datuk Idris Shaari Mat Idris.
Kumpulan Utusan diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran, Mohd. Basir Abdul Rahim dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.
Sementara Bernas pula turut diwakili Pengerusinya, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan Shahabudin dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tarmizi Mohd. Hariri.
Kedah tubuh makmal transformasi ke arah negeri maju
Skuad Pengguna kakitangan awam pantau harga barang
3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka
Mahkamah Koroner ditubuh tangani kes kematian tahanan
Tiada pertempuran denggan pengganas Kiram - Esscom
Tidak perlu layan pembangkang
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










