ARKIB : 24/07/2012
Inari beli Amertron Global RM102 juta
KUALA LUMPUR 23 Julai - Inari Bhd. (Inari) hari ini memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) sebanyak 100 peratus kepentingan ekuiti Amertron Inc. (Global) Ltd. (Amertron Global) pada harga AS$32 juta (RM102.7 juta).
Inari merupakan penyedia perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS).
Pengarah Urusannya, Dr. Tan Seng Chuan berkata, pembelian itu dimuktamadkan selepas kajian terperinci dan perbincangan berkaitan pembelian lebih dari enam bulan.
"Kami percaya pemilikan ini akan membuka ruang untuk peluang lebih menarik dan baru bagi Kumpulan yang telah dibesarkan ini terutama bagi kecekapan kos serta meluaskan skop perkhidmatan EMS kepada pelanggan di seluruh dunia.
"Kami memberikan masa selama setahun untuk kedua-dua syarikat menyesuaikan diri terhadap pemilikan ini dengan mengoptimumkan operasi, menyelaraskan isu-isu berkaitan dan melihat peluang besar ditawarkan pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memeterai SPA itu dengan Amertron Global di sini hari ini.
SPA itu dimeterai oleh Seng Chuan yang mewakili Inari, manakala Amertron Global diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Richard Wang Ta Chung.
Hadir sama Pengarah Eksekutif Inari, Edward Mai Mang Lee dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Lau Kean Cheong.
Tambah Seng Chuan, dengan gabungan tenaga kerja sebanyak 5,000 di kilang-kilang di Malaysia, Filipina dan China, Inari berada pada kedudukan terbaik untuk menerima manfaat skala ekonomi dalam memenuhi permintaan global bagi perkhidmatan EMS berteknologi tinggi.
"Walaupun berhadapan dengan krisis ekonomi dunia terutama di Eropah, kami percaya pemilikan ini merupakan sesuatu yang positif kepada syarikat," jelasnya.
Cadangan pembelian berjumlah AS$32 juta (RM102.7 juta) itu berdasarkan kepada aset nyata bersih (NTA) pada 31 Disember 2011 dengan pembayaran 90 peratus akan dilakukan dalam bentuk tunai dan baki 10 peratus dalam bentuk terbitan saham baru Inari.
Tunai yang digunakan adalah melalui dana dalaman dan juga dua aktiviti korporat iaitu terbitan hak oleh Inari dan saham pilihan boleh tebus diterbitkan oleh syarikat khas (SPV) Inari International Limited untuk tujuan pemilikan tersebut yang bernilai hampir RM36.6 juta.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









