ARKIB : 24/07/2012
Fujitsu sasar perolehan naik
KUALA LUMPUR 23 Julai - Fujitsu Malaysia Sdn. Bhd. (Fujitsu Malaysia) menyasarkan pertumbuhan perolehan sebanyak 26 sehingga 30 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.
Presidennya, Charles Lew berkata, unjuran tersebut didorong oleh projek- projek berpotensi untuk dimiliki selain pelbagai usaha yang melibatkan penjenamaan dan pemasaran yang sedang giat dijalankan.
"Banyak projek-projek kerajaan pada tahun lalu masih tertangguh dan diharapkan ia dapat diteruskan pada tahun kewangan ini," katanya semasa taklimat media di sini hari ini.
Menurut Lew, sektor awam merupakan penyumbang terbesar kepada perolehan Fujitsu Malaysia dan trend tersebut dijangka berterusan pada tahun ini.
Segmen perusahaan pula dilihat tetap kukuh pada suku terdahulu walaupun terpaksa berdepan dengan krisis zon Eropah dan kelembapan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Tahun lalu, perolehan Fujitsu Malaysia berkembang sebanyak 31 peratus berbanding 61 peratus pada tahun sebelumnya disebabkan jualan syarikat-syarikat berasal dari Jepun terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun serta banjir di Thailand.
Antara pelanggan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi itu ialah Toyota, Panasonic, Sony, AEON, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Shell Malaysia, Maxis Bhd. dan Hong Leong Bank.
Menurut Lew, Fujitsu Malaysia akan terus memberi fokus kepada perkhidmatan yang mempunyai margin tinggi seperti perkhidmatan aplikasi, perniagaan penyenggaraan, perkhidmatan pengurusan dan urusniaga dengan sektor-sektor perniagaan yang besar.
"Kami semakin berjaya keluar daripada model perniagaan tradisi iaitu hanya memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada syarikat-syarikat dari Jepun dan kini mahu menumpukan usaha untuk melebarkan penguasaan pasaran di Malaysia, " ujarnya.
Menurut beliau, tahun lalu Fujitsu Malaysia menduduki tangga kelapan dari segi penguasaan pasaran perkhidmatan IT di Malaysia, melonjak berbanding tangga ke-36 tahun sebelumnya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









