ARKIB : 24/07/2012
Canon sasar 30 peratus pasaran SLNR
KUALA LUMPUR 23 Julai - Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) yakin mampu menguasai 30 peratus pasaran kamera digital lensa tunggal tanpa refleks (SLNR) menjelang akhir tahun ini.
Sasaran tersebut bersandarkan pengeluaran model yang pertama SLNR, EOS M yang bakal diedarkan di seluruh dunia Oktober ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Melvyn Ho berkata, pengeluaran model itu akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju utama dalam bidang fotografi profesional.
"Canon telah berjaya menduduki tempat pertama menembusi pasaran kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) sebanyak 60 peratus dan akan berusaha untuk meningkatkan lagi jualannya.
"Justeru, ini merupakan penanda aras yang baik bagi pasaran produk terbaru kami yang dijangka mendapat sambutan menggalakkan dalam pasaran," katanya pada majlis pelancaran kamera tersebut di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Imejnya, Simon Wong.
Katanya, model EOS M merupakan kamera bersaiz kompak yang direka khas untuk segenap lapisan masyarakat bagi merakam gambar yang lebih bermutu dan berkualiti seperti DSLR.
Dengan pengeluaran model EOS M itu, Canon juga telah melancarkan dua kanta baru, EF-M18-55mm dan EF-M22mm bagi melengkapkan mutu kamera tersebut.
Jelasnya, Canon juga menyasarkan untuk menjual kira-kira 1,500 unit produk tersebut setiap bulan pada harga RM3,000 bagi pasaran tempatan.
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









