ARKIB : 24/07/2012
Peluang perniagaan di Brazil
KUALA LUMPUR 23 Julai - Pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan Brazil bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan logistik dalam negara itu telah menjana peluang perniagaan kepada penyedia perkhidmatan dan pembekal bahan binaan dari Malaysia.
Beberapa konsesi baru untuk pembangunan infrastruktur telah dikenalpasti kerajaan Brazil, termasuk projek menaiktaraf pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya, landasan keretapi dan tenaga elektrik.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, projek-projek infrastruktur di bawah Program Nasional Logistik Bersepadu (NPIL) akan memperoleh dana melalui Bank Pembangunan Nasional dan juga melalui pelaburan swasta dan entiti asing berkuat kuasa tahun depan.
Katanya, pakej rangsangan itu bermatlamat untuk membantu sektor perindustrian Brazil bagi meningkatkan persaingan dan mengukuhkan ekonomi domestik melalui infrastruktur dan perkhidmatan logistik.
"Pakej ini diterima baik oleh penyedia logistik dan binaan yang akan membantu pelabur-pelabur tempatan dan asing untuk mengembangkan perniagaan masing-masing," kata Matrade.
Menurut kenyataan Matrade, insentif di bawah NPIL adalah cukai sokongan untuk syarikat-syarikat besar dan pelabur-pelabur bagi mengurangkan perbelanjaan elektrik.
Kerajaan Brazil juga mempertimbangkan untuk menghapuskan cukai program bersepadu sosial dan cukai sumbangan sosial terhadap bil-bil tenaga yang secara tidak langsung akan mengurangkan kos tenaga sebanyak 8.5 peratus.
Secara umumnya, Brazil mempunyai kepakaran besar dalam membina peralatan dan perkhidmatan untuk kerja-kerja infrastruktur.
"Bagi menyertai bidaan infrastruktur, syarikat-syarikat Malaysia perlu mempunyai kelayakan yang menepati dengan kandungan tempatan.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Dagangan Matrade di Sao Paolo, Brazil.
Penurunan harga kereta wujudkan saingan sihat industri automotif
MDeC sasar perolehan RM3 biion daripada syarikat status MSC
Boeing 747-8 Intercontinental selesai ujian penerbangan pertama
Harga saham KLCI meningkat tertinggi pagi, susut tengah hari
Kontrak hadapan KLCI didagang tinggi tengah hari
Pelaburan KWSP RM3.91b
Pertumbuhan MSC masih berterusan
Delegasi Malaysia ke AS jana projek RM5.5b
Asian Pac bangun projek RM380j di Kepong
AmInvest yakin produk Flexi 3
Scania jangka pasaran tahun ini meningkat
Jeruk Pak Ali ke Madinah
Ekonomi negara dijangka terus kukuh - Abdul Wahid
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









