ARKIB : 23/07/2012
Kerjasama YGMB, Amanah Raya Berhad urus wasiat
AHLI Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) digalak menulis wasiat menerusi Amanah Raya Berhad dengan yuran pengurusan berjumlah RM250.00 sahaja.
Dengan membuat wasiat menggunakan kemudahan yang disediakan, waris akan mendapat hak yang sewajarnya menerusi harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas hartanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam yang berkuatkuasa selepas kematiannya.
Perancangan pusaka dan penulisan wasiat amat penting untuk memudahkan pembahagian, mengelakkan pertelingkahan dan mengatasi masalah harta tidak dituntut.
Penulisan wasiat boleh mempercepatkan proses pengagihan harta kepada waris yang tinggal kerana apabila seseorang itu meninggal, semua hartanya beku.
Dengan berwasiat proses pencairan harta akan menjadi lebih cepat.
Secara tidak langsung dengan berwasiat, seseorang itu telah melantik pentadbir harta pusaka (wasi). Sekiranya tidak, waris perlu berbincang sesama sendiri untuk melantik pentadbir antara mereka.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian 03-41057866/8679 atau rujuk www.ygmb.com.my.
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Green ROSE didik murid berinteraksi dengan alam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









