VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 23/07/2012

NIOSH dekati pelajar tingkatkan kesedaran

Lee Lam Thye (Kiri) melancarkan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

SEBANYAK 10 sekolah menengah di seluruh negara terpilih menjadi anak angkat kepada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif agensinya untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat dan tidak membahayakan warga sesebuah sekolah terbabit.

Ia adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) NIOSH dalam memastikan warga sekolah tidak merasa kurang selesa atau bimbang apabila berada di sekolah dan sentiasa menjadikan kawasan menimba ilmu sebagai tempat selamat.

"Selain program kempen keselamatan dan kesihatan di sekolah, hubungan kerjasama ini diteruskan menerusi lawatan sambil belajar oleh warga sekolah ke NIOSH.

"Ia dalam usaha mendidik generasi muda mengenai betapa pentingnya menjaga keselamatan diri di sekolah atau pejabat, katanya ketika merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit dihadiri Pengetua Cemerlang, Rasul Maideen Haja Maideen dan Yang Dipertua PIBG, Salim Takin.

Mengenai program yang dijalankan, Lam Thye berkata, inisiatif SMK Puncak Alam menganjurkan program itu harus dipuji dan dicontohi sekolah lain khusus dalam memberi pendedahan mengenai aspek penjagaan keselamatan kepada pelajar.

Katanya, jika semua pihak di sekolah memainkan peranan masing-masing dan tidak mementingkan diri sendiri, kes kemalangan dapat dielakkan.

"Usaha ini sekali gus menolak kebimbangan ibu bapa ketika anak mereka berada di kawasan sekolah atau mana-mana dalam perkarangan sekolah.

"Sekolah juga tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pekerjaan (OSHA) 1994 serta konsep OSH in School yang sedang diperkenalkan di setiap sekolah di seluruh negara.

"Saya berbangga SMK Puncak Alam menjadi salah sebuah sekolah angkat di bawah NIOSH dan berharap kerjasama ini berterusan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di kawasan sekolah," katanya.

Lam Thye menambah, sekolah yang berminat boleh menghubungi pihaknya untuk menjadi sebahagian anak angkat NIOSH.

Program sehari itu dipenuhi pelbagai aktiviti menarik antaranya gerai pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ceramah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.