VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 23/07/2012

Berpuasa di negara asing

zul Fazli Abu Bakar dan Mahalatchmi Subramaniam antara pelajar tajaan Bank Negara Malaysia yang akan mengikuti pengajian di Amerika Syarikat.

PENERIMA anugerah cemerlang biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Zul Fazli Abu Bakar, 19, bukan sahaja terharu kerana menerima tajaan RM800,000 tetapi turut teruja kerana pertama kali akan menunaikan ibadah puasa di bumi orang.

Dia yang menyambung pengajian di Amerika Syarikat (AS) akan memulakan sesi pengajian pada pertengahan bulan Ramadan ini.

"Usaha ini sangat terpuji dan saya berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia. Ini kerana, melalui tajaan biasiswa itu saya dan rakan-rakan dapat melanjutkan pengajian di AS. Saya akan berangkat di AS pada pertengahan Ramadan ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

"Dengan ilmu agama yang diperolehi, saya pasti dapat menunaikan ibadah itu dengan sempurna selain mengucapkan syukur di atas tajaan biasiswa BNM. Saya berjanji akan memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara sekembali ke Malaysia," katanya.

Zul Fazli, yang merupakan bekas pelajar Kolej Tuanku Jaafar (KTJ), Negeri Sembilan berkata, beliau dan keluarganya kini sedang membuat persiapan logistik sebelum berangkat ke AS.

"Saya akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Ekonomi di Insitut Teknologi Massachusetts AS.

"Ini merupakan kali pertama saya menjejaki kaki ke luar negara dan pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantau merupakan titik tolak saya dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa," katanya.

Beliau merupakan antara 56 penerima biasiswa BNM yang akan melanjutkan pengajian di AS dan United Kingdom.

Sementara itu, rakannya yang juga menerima biasiswa BNM, Mahalatchmi Subramaniam, 19, berkata, tiada kata selain ucapan syukur yang boleh diluahkan atas peranan yang dimainkan oleh BNM dalam menyediakan tajaan kewangan kepada dirinya.

"Semoga usaha ini terus diberkati kerana bukan mudah untuk mendapat tajaan biasiswa RM800,000 dari BNM untuk belajar di universiti luar negara," katanya.

Menurut Mahalatchmi, apa yang pasti, beliau berharap dapat menamatkan pengajian dalam bidang korporat kewangan di Universiti Pennsylvania AS.

"Selepas tamat pengajian, saya akan kembali ke Malaysia untuk membantu keluarga dalam mencapai kemajuan yang lebih baik," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.