ARKIB : 22/07/2012
200 berhimpun peringati mangsa tembakan
AURORA, Colorado 21 Julai - Beratus-ratus ahli keluarga dan rakan mangsa yang terbunuh dalam serangan di sebuah panggung wayang di sini, semalam berkumpul sambil menyalakan lilin.
Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 orang itu diadakan berhampiran kompleks Century 16, tempat kejadian tragis itu berlaku.
Seramai 12 orang maut dan hampir 60 lagi cedera apabila seorang lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah penonton di dalam sebuah panggung wayang di pinggir bandar Denver, Aurora, semalam.
Suspek, James Holmes, 24, yang telah ditahan polis dipercayai bertindak bersendirian.
Dia sebelum ini dilaporkan sering dilihat membawa senjata dan disifatkan sebagai seorang yang pendiam.
Holmes adalah pelajar di Universiti Colorado dalam bidang sains tetapi dalam proses untuk berhenti meneruskan pengajian PhDnya.
Menurut sumber penguatkuasa undang-undang Persekutuan, suspek dilaporkan mewarnakan rambutnya dengan warna merah dan memberitahu polis dia adalah 'Joker' yang merupakan musuh Batman.
Sementara itu, apartmen milik suspek dipenuhi dengan perangkap dan polis berkata, mereka menghadapi kesukaran untuk menghapuskannya.
Polis merancang meletupkan perangkap itu menggunakan robot tetapi sebelum melakukannya, mereka akan menutup laluan di kawasan sekitar.
Polis telah mengarahkan penduduk di apartmen yang terletak kira-kira enam kilometer dari kompleks Century 16 itu dan kawasan sekitar supaya berpindah. - AGENSI
Penduduk Palestin anjur demonstrasi
Mangsa culik guna Google Maps cari semula keluarga
Lelaki benci gay tembak mati seorang lelaki homoseksual
Israel mahu lancar banyak serangan
Iran: Mungkin berlaku rusuhan
Pyongyang ujian peluru berpandu lagi
Filipina tunggu kemarahan Taiwan reda
Berpuluh cedera kereta terbabas langgar perarakan
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









