ARKIB : 22/07/2012
Bagaikan mati hidup semula
KLUANG 21 Julai - Bagaikan mati hidup semula. Itulah rahmat Ramadan bagi seorang banduan yang mendapat pengampunan Sultan Johor daripada hukuman mati dan dibebaskan pada hari pertama bulan yang mulia ini.
Insan yang ingin dikenali sebagai Pak Wan, 58, itu mengakui telah merengkok di lima penjara selama 26 tahun dan hari ini dibebaskan dari Penjara Kluang setelah mendapat pengampunan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pak Wan sebelum ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar ganja di Benut, Pontian dan mula memasuki penjara pada usia 32 tahun.
Dia berterima kasih kepada Sultan Johor kerana berkenan memberi pengampunan kepadanya dan para pegawai penjara yang banyak memberi bimbingan supaya menjadi manusia berguna.
“Bila mendapat tahu tentang pengampunan itu, saya mulanya sukar mempercayai kerana sebelum ini tiga kali permohonan untuk pengampunan ditolak.
“Sebelum ini, saya hampir berputus asa dan pernah cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan tiga tingkat, tetapi mujur pegawai penjara banyak memberi semangat dan bimbingan," katanya kepada pemberita di Penjara Kluang sejurus sebelum dibebaskan.
Selain Pak Wan, dua lagi banduan lelaki yang masing-masing dari Singapura dan Indonesia dikenakan hukuman penjara seumur hidup berkaitan dengan Akta Senjata Api turut dibebaskan dari Penjara Kluang hari ini setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor.
Pengarah Penjara Kluang, Mat Rasid Jahlil yang membebaskan mereka hari ini turut menasihati supaya mereka menghargai dan memanfaatkan peluang kedua yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Ditanya apa yang akan dilakukannya setelah dibebaskan, Pak Wan berharap dapat melawat pusara kedua-dua orang tuanya yang belum pernah diziarahinya sebelum ini.
“Saya juga berharap dapat menurunkan kemahiran pertukangan perabot yang dipelajari di penjara kepada golongan muda dengan membuka bengkel perabot.
“Nasihat saya pada anak-anak muda, berhati-hati memilih kawan kerana silap langkah berakhir seperti saya yang terpaksa menghabiskan usia muda di dalam penjara," katanya yang belum berkahwin dan ditemani kakak serta anak saudaranya.
Pak Wan memberitahu, tomyam merupakan makanan kegemarannya semasa berada dalam penjara dan berhasrat berbuka puasa dengan juadah itu hari ini.
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Bahaya demonstrasi jalanan
RON97 turun 20 sen malam semalam
Najib terima kunjungan Ketua Pengarah UNESCO
KUNJUNGAN HORMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









