ARKIB : 21/07/2012
MK Land bina rumah mampu milik
IPOH 20 Julai - Syarikat pemaju hartanah terkemuka, MK Land Holdings Bhd. (MK Land) tetap memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik kerana yakin ia sentiasa mempunyai permintaan walaupun pasaran hartanah negara dijangka lembap tahun depan.
Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata, MK Land pernah menempuh tiga krisis ekonomi tetapi masih boleh bertahan kerana syarikat tidak hanya membina projek hartanah mewah tetapi membina projek rumah mampu milik sebagai sokongan.
"Kalau rumah kos rendah pun tidak boleh dijual, ini bermakna pasaran hartanah akan runtuh tetapi jika rumah kos rendah masih boleh dijual, kita tidak perlu bimbang," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci secara simbolik kepada pemilik 169 unit rumah teres setingkat fasa 2A Akasia di Meru Perdana di sini hari ini.
Pembangunan rumah teres jenis Akasia itu yang semuanya berjumlah 169 unit telah siap lapan bulan lebih awal daripada tempoh 24 bulan yang ditetapkan.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MK Land, Lau Shu Chua dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan MK Land, Kamarulzaman Abu Bakar.
Mustapha Kamal berkata, MK Land juga yakin dapat bertahan dalam pasaran ekonomi yang lembap kerana syarikat mempunyai tanah seluas 2,832 hektar yang belum dibangunkan.
"MK Land mempunyai tanah yang sangat luas yang boleh dibangunkan untuk membina kira-kira 114,000 unit pelbagai jenis rumah. Apabila pasaran lembap, kita akan tumpu kepada pembinaan rumah kos rendah dan sederhana," ujarnya sambil menyatakan akan memberikan tumpuan di Perak, Selangor dan Kedah.
Menurut beliau, sepanjang 28 tahun menceburi bidang hartanah, MK Land telah membina sebanyak 44,479 unit pelbagai jenis hartanah.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









