ARKIB : 21/07/2012
Perdagangan Britain-Malaysia melonjak
KUALA LUMPUR 20 Julai - United Kingdom, yang berhasrat untuk merancakkan ekonominya yang semakin lemah, yakin perdagangan dua hala dengan Malaysia, yang kini telah berubah menjadi antara kuasa yang sedang pesat membangun di abad ke-21, akan menyaksikan lonjakan dalam tahun-tahun akan datang, kata Dewan Perdagangan Britain-Malaysia (BMCC).
Timbalan Pengerusinya, Andrew M. Sill berkata, keadaan nampak positif dan dengan kerajaan Britain menyokong fokus yang kian meningkat terhadap hubungan Britain-Malaysia, sudah pastinya terdapat jangkaan "yang kita akan melihat perdagangan akan meningkat antara United Kingdom dan Malaysia".
Beliau berkata, adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan yang Britain amat berminat untuk merancakkan kerjasama mereka dan ini ternyata daripada komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron semasa lawatannya ke Malaysia pada bulan April.
"Cameron berkata, Malaysia sering diketepikan dalam tahun-tahun sebelum ini dan perdagangan antara kedua-dua negara tidaklah tinggi seperti yang sepatutnya dan sudah tiba masanya untuk berusaha sedikit dalam membina semula hubungan perdagangan dan mengangkatnya ke peringkat yang boleh diterima.
"Saya rasa dalam dalam tahun-tahun yang akan datang, kita akan melihat fokus yang sebenarnya diberikan kepada perdagangan Britain-Malaysia dan hasilnya, kita akan menyaksikan peningkatan dalam paras perdagangan antara kedua-dua negara," kata beliau kepada Bernama.
Tahun lepas, United Kingdom ialah rakan negara keempat terbesar Malaysia di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan RM13.03 bilion, sementara Malaysia ialah rakan dagang kedua terbesar Britain di ASEAN.
Sill, yang juga merupakan Eksekutif Negara, Royal Bank of Scotland Bhd., berkata, terdapatnya minat yang ketara dari kalangan syarikat Britain untuk melihat Malaysia sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan alternatif ekoran keadaan tidak menentu di Eropah.
"Banyak perniagaan kini memberi fokus kepada asas pelanggan multinasional dan pastinya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kami telah melihat minat ke atas Malaysia telah meningkat dari segi pelaburan baharu. - BERNAMA
Harga saham KL ditutup rendah
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Untung pracukai suku pertama Maybank naik kepada RM2.13 bilion
Untung pracukai suku pertama MISC naik kepada RM354.7 juta
Ketua baharu perlu perluaskan Maybank ke serantau - Wahid
Cahaya Mata Sarawak untung sebelum cukai RM54.81 juta
Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi
Allianz General perkenal insurans melalui tiket
Malaysia kekal rakan dagang utama China di ASEAN
PCG peruntuk RM3 bilion tahun ini
Takaful Malaysia yakin prestasi
Exim Bank kerjasama dengan CIDB, MDeC
LTH komited RM150 juta dalam dana pajakan
AEON sedang dibina di Kulaijaya
Malaysia sertai AEF di Astana
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM436.9 bilion pada 15 Mei
Harga saham ditutup rendah, FBM KLCI jatuh ke paras paling rendah
IHP naik 1.7 peratus pada April
Brightstar edar LG Optimus baharu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









