ARKIB : 20/07/2012
Sembilan IPTS dikompaun
KUCHING 19 Julai - Sebanyak sembilan buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di seluruh negara dikompaun oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) yang membabitkan nilai RM222,000.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, nilai kompaun tersebut mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM900,000.
"Kebanyakan kompaun terhadap IPTS itu dikeluarkan atas kesalahan mengendalikan kursus dan program pengajian yang tidak diiktiraf kerajaan.
"Sehubungan itu, kita berharap kesemua IPTS dapat bekerjasama dengan kementerian bagi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan yang berkualiti," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kementerian Pengajian Tinggi bersama IPTS Zon Sarawak, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Piawaian Jabatan Pengajian Tinggi, Rosli Harun dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat Pengurusan Pengajian IPTS, Wan Nadiah Wan Daud.
Majlis tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pengusaha dan pelajar IPTS berhubung isu-isu pendidikan negara.
Sementara itu, Kok Chung berkata, pihaknya telah menetapkan dua syarat utama kepada semua IPTS bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara yang akan dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat.
Katanya, syarat itu adalah visa pelajar hanya akan dikeluarkan selepas mereka menerima surat tawaran daripada IPTS dan hanya yang memperoleh biasiswa layak menyambung pengajian di negara ini.
"Dua syarat itu ibarat serampang dua mata dalam menangani kegiatan jenayah yang melibatkan para pelajar asing di negara ini," katanya.
Mengenai bilangan pelajar IPTS di seluruh negara, Kok Chung berkata, setakat ini, jumlahnya adalah 454,804 orang dengan 53,009 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.
Katanya, majoriti pelajar antarabangsa tersebut adalah dari Iran, China dan Indonesia.
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
UKM tumpu ekopelancongan
Makmal UniMap diperakui
Jadi remaja rasional, bukan emosional
Pengurusan bencana alam
Pendidikan maya di sekolah
UiTM sedia 50,000 tempat
Kolej Integrasi Ilmu dijenama semula
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









