ARKIB : 19/07/2012
Rajesh Khanna meninggal dunia
MUMBAI 18 Julai - Aktor terkenal Rajesh Khanna yang sering dirujuk sebagai 'bintang pertama' Bollywood dan permata terbesar industri perfileman Hindi, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Menurut laporan Press Trust of India, bintang yang berusia 69 tahun itu meninggal dunia di sisi isteri, Dimple Kapadia serta dua anaknya, Twinkle dan Rinke di rumah mereka, di sini.
Sebelum ini, pelakon veteran itu dimasukkan ke hospital Lilavati minggu lalu berikutan tekanan darah rendah dan masalah buah pinggang.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kaka di kalangan peminat, menceburi bidang lakonan pada tahun 1966 menerusi filem pertamanya, Aakhri Khat.
Dia menempa nama tiga tahun kemudian melalui filem Aaradhna, diikuti dengan kejayaan besar dalam beberapa filem lain menerusi watak romantik.
Antara filem terkenal yang pernah dibintanginya sepanjang tahun 1970-an termasuk Kati Patang, Anand dan Amar Prem.
Sepanjang penglibatannya dalam industri perfileman Bollywood, Rajesh telah membintangi lebih 150 filem. - AFP
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









