VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 19/07/2012

Scha terus dilimpahi rezeki

Mana satu nak dipilih ni? Dua-dua berkenan di hati.

JANGAN ingat Scha Al-Yahya seorang yang pentingkan jenama semata-mata. Sebenarnya isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari itu seorang yang sangat bersederhana dalam penampilan dan kehidupan sehariannya.

Bagi Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya, 29, jika produk itu menarik minat dan berkualiti, tanpa mengira jenama dia tetap akan mendapatkannya.

Berdasarkan sikapnya yang sederhana itu dan popularitinya di kalangan masyarakat tempatan, membuatkan pihak pengurusan Kenangan Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur, memilihnya sebagai jurucakap.

Scha yang terkenal dengan watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania berkata, selepas bergelar isteri rezekinya tidak berkurangan, sebaliknya semakin bertambah.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sebenarnya tawaran jadi jurucakap ini sudah lama, mereka sanggup tunggu Scha. Scha ambil masa dua bulan sebelum beri kata putus.

"Scha buat penyelidikan dulu dan bila puas hati barulah setuju. Scha lihat KWC ini boleh menjadi tempat sehenti untuk membeli belah kepada sesiapa sahaja, daripada yang bekerja atau pun pelajar," katanya.

Dia menganggap pelantikannya sebagai jurucakap pusat membeli-belah pakaian itu adalah selari dengan minatnya pada dunia fesyen dan kebetulan Scha juga mempunyai kedai Schapoholic terletak di Tingkat Satu, Pusat Membeli-Belah The Curve, Mutiara Damansara.

Katanya, kualiti barangan di KWC setanding dengan barangan yang dijual di pusat membeli-belah ternama laindan harga yang ditawarkan lebih rendah.

"Selaku jurucakap KWC, Scha akan bantu untuk sebarkan maklumat tentang tempat itu kepada para peminat dan orang ramai menerusi laman sosial.

"Scha juga dimaklumkan ramai selebriti dan orang ternama yang datang membeli-belah di situ. Selepas melawat beberapa kedai, Scha tengok fesyen yang dipamer juga yang terkini," katanya.

Sikapnya yang ramah dan mudah mesra sewaktu bertemu dengan pemilik kedai dan pembeli di situ, mungkin sebab utama kenapa Scha dipilih sebagai jurucakap.

Rezeki murah

Selain mengurus kedai Schapoholic, Scha juga bercadang untuk memasarkan produk jualannya menerusi internet.

"Alhamdulillah, sudah setahun kedai Schapohloic beroperasi dan setakat ini sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

"Sekarang ini Scha tengah rangka untuk menjual secara online pula. Memandangkan Ramadan sudah dekat, sekarang ini Scha sibuk mencari bekalan baru untuk dijual," katanya.

Selalunya, setiap kali melancong, dia akan membeli beberapa pakaian lebih untuk dijual di kedai.

"Peminat suka tanya, Scha beli baju di mana. Jadi untuk memudahkan mereka, Scha akan beli lebih dan jual di kedai," ceritanya.

Selain Scha, Awal juga mempunyai kedai di pusat membeli belah yang sama tapi menjual kasut.

Tetap berlakon

Scha yang sibuk menjalani penggambaran filem Dampak menerusi watak Suria berkata, sepanjang bulan Ramadan, dia tetap akan berlakon.

"Sekarang ini Scha berlakon filem Dampak, hingga hujung bulan ini. Tak berat kerana bukan watak utama. Lepas itu, ada juga tawaran drama.

"Selain drama, Scha juga mendapat tawaran menjadi hos untuk program Fesyenista Kiko. Scha tidak fikir lama apabila ditawar untuk jadi hos kerana Scha memang suka kanak-kanak," katanya tersenyum.

Biarpun Scha suka kanak-kanak, sehingga sekarang belum ada tanda-tanda yang dia bakal bergelar ibu.

"Scha dengan Awal memang tidak merancang. Kami bersedia bila-bila masa sahaja untuk bergelar ibu dan bapa. Mungkin belum rezeki lagi. Tunggu sajalah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.