ARKIB : 19/07/2012
Vale tingkat sosioekonomi penduduk
IPOH 18 Julai - Walaupun belum beroperasi sepenuhnya, rakyat Malaysia khususnya di Perak mula mendapat manfaat daripada pembinaan hab pengagihan bijih besi Vale di Teluk Rubiah apabila projek pembinaannya turut diberi kepada kontraktor dan pekerja tempatan.
Pengarah Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd., Marcelo Figueiredo memberitahu, setakat ini, Vale telah mengambil 1,200 pekerja dan 800 orang atau 70 peratus daripadanya adalah pekerja tempatan.
Projek itu katanya, akan menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan apabila kompleks fasa pertamanya beroperasi pada pertengahan 2014.
Figueiredo berkata, Vale turut mengadakan perjanjian dengan institusi pengajian tempatan bagi menyediakan latihan kepada bakal-bakal pekerja syarikat peneraju pengeluar bijih besi dunia itu.
"Mereka ini bukan setakat berpeluang bekerja dengan Vale di sini, tetapi akan dihantar ke negara-negara lain di mana Vale beroperasi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Di samping itu, beliau memberitahu, Vale juga memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) kepada penduduk tempatan di sekitar Teluk Rubiah.
Katanya, projek-projek yang telah dirancang setakat ini melibatkan nilai RM8 juta dengan RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan di fasa pertama.
Antara projek CSR tersebut ialah tukun tiruan, kilang ais, stesen minyak, urbanisasi, membaiki rumah penduduk, pembinaan jeti dan pemberian biasiswa kepada anak-anak penduduk di sekitar Teluk Rubiah.
Beliau menambah, Vale telah membuka kontrak bernilai RM700 juta bagi pembinaan hab pengedaran bijih besi di Teluk Rubiah dengan RM480 juta daripadanya diberikan kepada syarikat tempatan.
"Pada tahun ini sahaja, kontrak baru yang diberikan bernilai RM300 juta," katanya sambil memberitahu lebih banyak projek akan dilaksanakan sehingga projek itu siap menjelang 2014.
Tambah beliau, pihaknya juga terharu dengan sambutan positif penduduk tempatan terhadap kehadiran Vale dan menganggap ia satu tanggungjawab untuk memenuhi harapan penduduk bagi melihat kawasan itu terus membangun dengan pesat.
"Ini memberikan kita lebih tanggungjawab untuk memenuhi harapan tinggi masyarakat iaitu dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan di sini," ujarnya.
Golongan muda perlu bersatu - Mahadzir
Karnival kahwin, pesta makanan Kedah meriah
Kerajaan negeri pantau jeti Kuala Perlis
Agar lebih kondusif dengan realiti semasa
Kedah semak dasar perumahan
Tekad Zambry kepada rakyat Perak
Tiga bekas pendidik dipilih Tokoh Guru
MIC PP cari punca dua calon kalah PRU-13
MCA diminta selesaikan segera
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









