ARKIB : 19/07/2012
Penembak emas Pahang sumbang insentif kepada sekolah
KUANTAN - Penembak Pahang, Aina Zahiran, 18, yang merangkul lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV baru-baru ini menyumbangkan sebahagian wang insentif yang diterimanya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ubai, dekat sini.
Pada majlis yang diadakan di sekolah tersebut semalam, Aina menyerahkan sumbangan RM2,000 kepada Yang Dipertua PIBG SK Ubai, Mohd. Sulihi Zainal sambil disaksikan Guru Besar, Azhar Jamil dan murid sekolah berkenaan.
Menurut penembak pelapis kebangsaan itu, dia sudah memasang hajat tersebut sebelum temasya Sukma bermula lagi dan pemilihan sekolah tersebut tidak dipengaruhi sesiapa dan hanya terlintas di fikirannya.
"Saya juga berharap adik-adik di sini belajar bersungguh-sungguh dan bagi yang meminati sukan, ia harus seimbang antara sukan dan akademik.
"Tiada beza antara budak kampung dan bandar, sesiapa saja boleh berjaya jika fokus dan tidak berputus asa," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Anak kedua daripada empat adik-beradik itu juga percaya dan berpegang pada prinsip rezeki tidak akan hilang jika sentiasa bersyukur.
Dalam temasya Sukma XV, Aina merangkul emas menerusi acara air rifle 10meter berpasukan, 50m air rifle individu dan berpasukan serta 50m rifle prone individu dan berpasukan, sekali gus memperbaiki pencapaian di Melaka (2010) yang menyaksikan dia membawa pulang empat emas untuk Pahang.
Aina, yang kini menduduki Pra-U dan menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Sabki Mohd. memberitahu, tumpuannya kini ialah untuk menghadapi satu kejohanan di Australia pada Januari depan.
Sementara itu, Mohd. Sulihi berkata, beliau bersyukur dan berbangga dengan pemilihan PIBG sekolah tersebut oleh penembak terbabit.
Menurutnya, ia juga menjadi dorongan buat murid sekolah itu untuk berusaha mencontohi Aina yang juga berjaya mengharumkan nama Pahang dalam sukan itu.
Dalam pada itu, bapa Aina yang turut hadir pada majlis tersebut, Zahiran Abdul Rahim, 48, memberitahu, keluarganya menyokong penuh niat murni Aina untuk membantu sekolah berkenaan.
"Saya juga berharap selepas ini lebih ramai remaja membabitkan diri dalam sukan kerana sukan juga memberikan ruang kerjaya dan masa depan namun ia perlu diseimbangkan dengan akademik," katanya.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










