ARKIB : 19/07/2012
Janji ganjaran lebih lumayan
KUALA TERENGGANU - Ganjaran istimewa dan lebih lumayan menanti 117 atlet Sukan Malaysia (Sukma) XV Terengganu atas kejayaan mereka mengharumkan nama negeri menjuarai kejohanan itu empat edisi berturut-turut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata, beliau akan mengumumkan perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut bentuk 'habuan' itu namun tidak menolak kemungkinan ia suatu ganjaran yang lebih lumayan dan istimewa untuk dihadiahkan kepada para atlet berkenaan.
Menurut Ahmad, ganjaran itu dibuat berdasarkan rekod cemerlang kontinjen Sukma Terengganu yang muncul juara buat kali keempat berturut-turut termasuk prestasi lebih cemerlang pada Sukma XV di Pahang.
"Tunggulah saya akan umumkan (ganjaran lebih lumayan) bila sampai masanya nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan para atlet Sukma Terengganu dan penyerahan rasmi Piala Pusingan Sukma kepada kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.
Ahmad berkata, selain itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk memberi insentif berupa wang tunai kepada kesemua 117 atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukma XV di Pahang sebagai penghargaan kerajaan kepada sumbangan mereka.
Menurutnya, insentif itu dijangka mula diagihkan kepada atlet-atlet berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Saya sudah arahkan MSN (Majlis Sukan Negeri) membuat perkiraan jumlah insentif yang akan kita agihkan kepada atlet-atlet berjaya itu, kita jangka (agih) dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri," ujarnya.
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










