ARKIB : 19/07/2012
Harus berani terima kenyataan
KUALA LUMPUR - Atlet 4x400 meter negara, Mohd. Yunus Lasalleh yang mungkin berdepan hukuman penggantungan daripada Agensi Anti Doping Dunia (WADA) selepas gagal dalam ujian doping pada Sukan SEA Indonesia 2011 dinasihat agar berani menerima hakikat bahawa ia merupakan sebahagian daripada cabaran hidup yang perlu ditempuhinya.
Nasihat itu hadir daripada bekas jaguh 100 dan 200 meter negara, Azmi Ibrahim, 37, yang pernah melalui pengalaman hampir sama dengan Yunus.
Azmi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam berkata: "Kegagalan ujian doping adalah dugaan biasa yang perlu dilalui oleh seorang atlet. Kita kena terima dengan hati yang terbuka dan apa yang penting perlu terus berjuang, jangan mudah mengalah.
"Saya dulu kena gantung empat tahun, tetapi kemudiannya dipendekkan kepada dua tahun setelah saya membuat rayuan."
Menurut Azmi, Yunus juga perlu bijak membuat keputusan terbaik untuk dirinya sewaktu menjalani hukuman tersebut agar dia dapat memanfaatkan masa yang terluang sebaik mungkin tanpa menjejaskan prestasinya.
"Saya tidak pasti dia mahu terus berlari selepas ini atau mahu bersara. Tetapi saya nasihatkan dia agar tidak terburu-buru membuat keputusan, dia kena sayang bakat yang ada dalam dirinya.
"Kalau boleh jangan tinggalkan olahraga. Ketika ini Yunus amat memerlukan sokongan daripada pihak persatuan (Kesatuan Olahraga Malaysia), keluarga dan juga rakan-rakan seperjuangan agar dia tidak hilang punca," katanya.
Berkongsi pengalaman masa lalu yang banyak membentuk dirinya hari ini, Azmi yang kini jurulatih olahraga di Akademi Serantau, Johor Bahru memberitahu, pada tahun pertama digantung, dia melakukan pelbagai pekerjaan bagi mengisi masa lapang.
Katanya lagi, memasuki tahun kedua digantung, dia mula kembali fokus kepada lapangan olahraga dengan memulakan latihan bersendirian agar kecergasannya tidak terjejas.
"Sebaik tamat menjalani penggantungan saya tidak buang masa, saya terus menyertai pelbagai pertandingan untuk perbaiki catatan masa saya. Bagi saya dengan cara ini sahaja saya dapat tebus maruah yang telah tercalar," katanya.
Azmi turut menasihatkan Yunus agar bangkit semula daripada dugaan yang sedang dilaluinya itu dan buktikan kemampuan dirinya apabila selesai menjalani hukuman kelak.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










