ARKIB : 19/07/2012
42 saman had laju dikeluarkan
MELAKA 18 Julai - Polis mengeluarkan sejumlah 42 saman atas kesalahan melebihi had laju dalam satu operasi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Lorong Pandan di sini malam tadi.
Operasi selama dua jam bermula pukul 10 malam itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna kenderaan agar mematuhi had laju di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam (km/j).
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Supritendan Ahmad Adnan Basri berkata, operasi itu dilakukan untuk mengesan kenderaan jenis Proton Waja yang dipercayai dapat membantu kes kemalangan maut membabitkan dua lelaki awal pagi Ahad lalu.
"Kita percaya, pemandu kereta tersebut dapat membantu melengkapkan siasatan kemalangan sebuah lagi kereta lain dan dua motosikal sehingga menyebabkan dua lelaki dalam kemalangan itu meninggal dunia.
"Dalam operasi ini, sejumlah 42 saman dikeluarkan atas kesalahan melebihi had laju manakala 15 saman lagi kerana penggunaan lampu berkeamatan tinggi (HID) serta cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh," katanya.
Menurutnya, kesemua saman dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagaimanapun, tiada tindakan sita dikenakan ke atas pesalah trafik dan operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan bagi mendidik pengguna agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









