ARKIB : 19/07/2012
Dua maut perancah runtuh di Singapura
SINGAPURA 18 Julai - Dua pekerja maut dan lapan lagi cedera apabila sebuah perancah di tapak pembinaan kereta api bawah tanah runtuh, hari ini.
Kejadian itu adalah yang terbaru melanda sistem pengangkutan Transit Aliran Massa Singapura (SMRT), selepas dua gangguan besar pada Disember lalu yang mengakibatkan ribuan pengguna terkandas, membawa kepada satu siasatan bertahap tinggi dijalankan.
Ia juga adalah yang terburuk di Singapura sejak kejadian runtuhan ketika pembinaan terowong yang merupakan sebahagian daripada laluan bawah tanah pada 2004 yang mengorbankan empat orang.
Jurucakap pertahanan awam memberitahu wartawan, anggota penyelamat telah menemui dua mayat pekerja yang sebelum ini dikatakan hilang.
Mayat itu ditemui tertimbus dengan simen basah dan runtuhan papan serta perancah.
Menurutnya, mayat pertama telah dikeluarkan, tetapi anggota penyelamat masih berusaha menarik keluar seorang lagi mangsa dan air terus dipam di kawasan kejadian bagi mengekalkan simen terus basah.
Lapan pekerja yang cedera ringan pula dirawat di hospital berhampiran dan jurucakap itu mengesahkan hanya perancah yang runtuh manakala terowong tersebut tidak rosak.
Insiden hari ini bagaimanapun tidak menjejaskan operasi kereta api bawah tanah negara ini.
Satu panel suruhanjaya untuk menyiasat insiden kerosakan tahun lalu mengkritik operasi pengendali SMRT yang mementingkan keuntungan daripada menyelesaikan masalah yang menyebabkan gangguan itu.
Panel tersebut turut merumuskan sistem SMRT mempunyai peralatan yang usang dan kurang diselenggara selama beberapa tahun serta tidak mempunyai jurutera yang berwibawa untuk memantaunya. - AFP
Penalti untuk wakil rakyat
Bunuh diri kerana bantah perkahwinan sejenis
Hanya 24 maut dalam kejadian puting beliung
Gita mahu ganti Susilo
Jong-un hantar wakil ke China
Angka korban terowong lombong runtuh meningkat 28 orang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa puting beliung diteruskan
Aquino janji pertahan wilayah maritim dari pembuli
Thein Sein gesa henti keganasan
Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh
Israel balas tembakan ke arah Syria
Palestin beri peluang pada AS
Isu pengundi hantu undang kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
51 terbunuh puting beliung landa Oklahoma City
Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris
Rusia gagalkan plot pengganas serang Moscow
Dua maut dalam letupan bom kereta di Rusia
Tentera Syria gempur Qusayr
Dr. Mahathir saran Mesir guna model Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









